Sunday, September 30, 2007

Mahasiswa & Masyarakat


Assalamualaikum.

Bertemu jua kita. Alhamdulillah, syukur padaMu Allah melapangkan masaku dibulan Ramadhan yg penuh barakah ini untuk menulis kembali. Barangkali, ini entri terakhir untuk bulan ini insyaAllah.

Kaifa Samuka ya sahabah ( Bagaimana puasa kalian wahai para sahabatku?)

Semoga baik hendaknya dan makin bertambah amal kita dibulan mulia ini.Minggu yang memenatkan dengan 'assignments' dan 'labs' namun hari ini (minggu), saya berkesempatan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Komuniti Rakan Muda (UTP). Tajuk yang dibincangkan, " Mahasiswa Dalam Isu-Isu Pembangunan Dan Masyarakat". Ingin saya berkongsi maklumat dan pendapat almaklumlah, jika terlalu lama menyimpan, barangkali terlupa terus intipati daripada bengkel tersebut.


Antara yang menarik perhatian saya, adalah kerja-kerja kemasyarakatan yang seharusnya ditunjangi oleh para mahasiswa. Rupanya saya terlepas begitu banyak peluang untuk berbakti pada bangsa, negara dan yang paling penting agama biarpun setelah hampir empat tahun bergelar mahasiswa. MasyaAllah, terleka aku sebenarnya. Akan saya cuba usahakan agar ringan tangan membantu, rajin kaki melangkah kepada kebaikan.
Mangambil firman Allah :

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah
Al-'Asr]


Aku ingin pulang ke pangkal jalanMu Tuhanku.
"Allah, maafkan hambaMu ini atas kelalaianku. Aku hanya insan yang penuh kekhilafan yang tidak pernah sunyi daripada kelalaian"

Antara lain, perihal alam sekitar yang menjadi isu nasional sejak berkurun lamanya. Mahasiswa seharusnya tegar dalam perjuangan tidak sahaja pada buku tetapi juga pada isu-isu berbangkit yang lain contohnya dalam hal alam sekitar. Kita seharusnya mendidik bakal graduan supaya tidak mengabaikan hak-hak makhluk yang lain dalam mengecapi nikmat Allah ini. Pembangunan mapan atau 'sustainable development' menggariskan agar pembangunan selaras dengan keperluan serta memuaskan semua pihak. Timbang tara pembangunan tidak harus menolak tepi hak-hak alam sejagat agar nikmat Allah ini dapat dimanfaat bersama.

Ps : maaf pada pembaca kerana saya tidak dapat menyertakan gambar pada sesi tersebut. Adik kesayanganku telah meminjam tapi culas untuk memulang (saya pun culas nak minta :)
Tulisan kali ini juga lebih kepada gian saya untuk menulis. Tapi suka saya sertakan pemandangan menarik UTP sekadar santapan bersama. Semoga dapat kita renungkan anugerah Allah kepada kampus ini yang khabarnya 'Kampus diDalam Hutan'.. Semoga juga kita sama-sama dapat memelihara keindahan alam ini biarpun masing-masing sibuk dikejar masa mencanai ilmu dalam mengejar impian insyaAllah.

Monday, September 24, 2007

FirstEver..


Assalamualaikum dunia,
Terlebih dahulu inginku panjatkan rasa syukur atas nikmatNya yang tidak terhingga serta salawat kepada junjungan besar Muhammad SAW. Terjun kepada dunia yang penuh asing buatku sebagai 'blogger' merupakan cabaran dalam menyebarkan dakwah Islamiah biarpun diriku sendiri serba serbi dipalit kekhilafan. Aspirasi kepada penulisan ini adalah untuk berkongsi isi hati bilamana aku menjalani hari-hari akhirku sebagai pelajar di School of Electrical & Electronics di UTP.


Buat keluarga dan para sahabatku, janjiku pada kalian,
Akan kucuba untuk melakukan yang terbaik dalam mencari redha Allah didunia akhirat.
Insya Allah. Semoga dengan lahirnya blog ini, akan menjadi platform untukku memuhasabah diri sendiri juga dunia amnya.