Tuesday, January 22, 2008

Semester Baru



Hari ketiga Minggu Pertama
Cuti Sehari.

Salam semua.

Alhamdulillah..semester baru telah bermula.
Aku mengerah keringat kehulu-kehilir mengisi slot lectures yang menyesakkan minda. Barangkali terkesima sekejap mengenangkan cuti semester yang indah, benar-benar indah. Cuma FYP sahaja yang mengisi sehari-hari. Wadah semester akhir ini akan aku isi sewajarnya, itu janji aku pada diri sendiri.

Stamina dikerah sekeras-kerasnya.
Mujur aku sempat beriadah saban petang ditepi tasik dan padang bola. Tidak pun setaraf atlit profesional, cuma riadah untuk menjaga kesihatan dan menghilangkan STRES (juga lemak tepu yang terkumpul). Habuan jangka pendek, aku tidak mengah dalam pengajian minggu pertama semester akhir ini. Semoga berkekalanlah hendaknya nikmat ini insyaAllah.

Perjuangan belum selesai,
Semester akhir ini menuntut aku lebih fokus dalam berperang dengan buku-Ilmu. "Bukan mudah nak berjaya, namun bukan susah juga untuk gagal !!" Teringat nasihat Pn. Adibah (MJSC) sebelum aku melangkah keluar untuk hari terakhir di Muar dulu. Kenangan lalu membikin aku terus tabah menempuh ranjau pengajian tahun akhir (teringat kawan-kawan lama juga, bagaimanakah kalian agaknya sekarang?)


Aku membayangkan semester yang singkat tambah pula dengan kekangan FYP. Tiada alasan untuk terlalu bersenang-lenang kali ini. Semuanya kena bergegas pantas tanpa ada kompromi. Aku juga harus sentiasa bersedia dan lebih fleksibel dengan semua keadaan.

Modern Control Engineering
Engineers In Society (EIS)
Operations Management
Facilities Engineering, Transport & Storage

Pengajian ini menuntut pengorbanan tinggi. Dua hari pertama nampak semuanya baik-bagus, tapi awas, ilmu pengetahuan bisa mencantas insan yang culas. Aku bakal beradu tenaga dengan pelajar Mechanical&Civil untuk Facilities, mengkoreksi diri untuk Operations Management, berperang semula dengan matematik dan berjenis-jenis theorem dalam Modern Control Engineering. EIS pula lebih getir, mengetuai lima-bakal-jurutera memaksa aku mengasah semula public relations (PR) aku yang sudah sedia berkarat. Namun aku yakin aku boleh dan terus mencuba memberi yang terbaik untuk setiap perkara. Selain usaha, aku harus dekatkan diri padaNya. Dia yang menulis semua yang tersurat dan tersirat. Semoga aku terus tabah insyaAllah.

-active_11-

2 comments:

naseebah (asfal awliya') said...

sematkan angan hingga mencapai bintang keberkatan, jadikanlah kerdipan kelopak matamu dalam kerdipan murah hati, bila hati meragu, segera jelaskan padanya bahawa di gugusan galaksi,sinar terang menerpa pagi..bersiaplah.. menghadapi waktu dhuha selanjutnya..

active11 said...

tq cik naseebah.
insyaAllah hati sentiasa mencari nur nan terang. really appreciate your nice-wordy comment. tq very much.